W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home UPBMG Pengenalan

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) ialah, ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu guru yang mengajar Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). UPBMG menguji empat kemahiran, iaitu kemahiran bertutur, membaca, menulis dan mendengar. Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM).

Calon UPBMG terdiri daripada guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu, sama ada yang opsyen Bahasa Melayu ataupun bukan opsyen bahasa Melayu. Namun begitu, sasaran utama bagi tahun 2022 hingga 2025 ialah guru yang bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajar Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, dan sekolah agama bantuan kerajaan di bawah KPM.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai UPBMG, sila layari Laman Utama Mantap BM di pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/upbmg/utama

Candidates
Public
JPN
MEC Staff