4 Julai 2024 – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOA) antara Majlis Peperiksaan Malaysia Dengan F2 Alliance Sdn Bhd (F2) bagi mengendalikan Ujian MUET di China pada jam 4:00 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Peperiksaan Malaysia
MOA tersebut telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif MPM dengan YBrs. Dr. Fang Fang Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif F2 Alliance Sdn Bhd.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat meningkatkan lagi nilai tambah ujian MUET di peringkat antarabangsa.
#MoU #MPM #menjanapentaksiranjitu #MUETInternational