3 Julai 2024 – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOA) antara Majlis Peperiksaan Malaysia Dengan Northern Kuala Lumpur International College (NKL) bagi mengendalikan Ujian MUET di China pada jam 2:00 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Peperiksaan Malaysia
MOA tersebut telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif MPM dengan YBrs. Prof. Dr. Jimmy Lim, Presiden dan Pengasas Northern Kuala Lumpur International College.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran ujian MUET di peringkat antarabangsa.
#MoA #MPM #menjanapentaksiranjitu #MUETInternational