W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home Berita Majlis Menandatangani Letter Of Intent Antara MPM Dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Hubei, Wuhan, China Bagi Pengelolaan MUET Di Wilayah Hubei

HUBEI, WUHAN (CHINA) 24 OKTOBER 2024 – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menandatangani Letter of Intent (LOI) bagi pengelolaan ujian MUET dan pembukaan pusat ujian MUET di Wilayah Hubei, Wuhan, China dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Hubei dalam International Education Cooperation Special Signing Ceremony anjuran bersama oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Hubei yang telah berlangsung di Huazhong Agricultural University, Hubei.

Dalam majlis menandatangani LOI ini, Jabatan Pendidikan Wilayah Hubei telah diwakili oleh Encik Zhou Qihong, Deputy Director, Member of the Provincial Department of Education Party Group dan MPM telah diwakili oleh Encik Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif, MPM.

Delegasi MPM yang turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol, Pegawai Undang-Undang, Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman, Pegawai Peperiksaan MUET, dan Encik Amir bin Abdul Jaya, Pegawai Peperiksaan.

#mpm #menjanapentaksiranjitu #muetinternational

 

Candidates
Public
JPN
MEC Staff