W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home Berita Mesyuarat Majlis Peperiksaan Malaysia Bil.3/2024 (Ke-168)

Mesyuarat Majlis Peperiksaan Malaysia Bil.3/2024 (Ke-168) telah diadakan di bangunan MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor pada 20 November 2024 (Rabu) dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga merupakan Pengerusi, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Dalam mesyuarat ini, En. Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif, MPM telah membentangkan perkara-perkara dasar antaranya strategi pemerkasaan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ujian Malaysian University English Test (MUET), dan peperiksaan lain yang dikelolakan MPM agar terus relevan dan mampu mendepani cabaran dalam era teknologi moden. Selain itu, Ketua Eksekutif MPM juga mengusulkan beberapa inisiatif MPM dalam usaha mengantarabangsakan peperiksaan atau ujian kelolaan MPM untuk pertimbangan mesyuarat.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ahli Majlis yang terdiri daripada semua Naib Canselor Universiti Awam Malaysia, YBhg. Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBrs. Dr. Mohd Azam Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) sebagai wakil Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Hassan, Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, KPM, dan tiga orang Ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, iaitu YBrs En. Ahmad Fauzi bin Sungip, YBrs. Dr. Kanthasamy a/l Nallusamy, dan YBrs. Dr. Ong Chee Tiong.

#mpm #menjanapentaksiranjitu

Candidates
Public
JPN
MEC Staff