W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home Berita Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Majlis Peperiksaan Malaysia Dengan PT. Nizwa Pratama (NP)

19 Mei 2026 (Selasa) - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan PT. Nizwa Pratama (NP) telah diadakan sebagai satu usaha memperkukuh kerjasama strategik bagi pengelolaan Ujian Malaysian University English Test (MUET) di Indonesia.

MoU ini telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Badrul Hisham Bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM bersama dengan Pak Wahyu dari PT. Nizwa Pratama (NP) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Peperiksaan Malaysia.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperluas akses penilaian kompetensi bahasa Inggeris yang berkualiti serta mengukuhkan jaringan pendidikan antara Malaysia dengan Indonesia. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan dan penilaian pendidikan di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.

#MajlisPeperiksaanMalaysia #MPM #menjanapentaksiranjitu #MUET #MoU #KerjasamaStrategik #Pendidikan #Indonesia #MUETInternational

Candidates
Public
JPN