W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home Berita Kunjungan Hormat Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) ke Majlis Peperiksaan Malaysia

2 September 2026 (Rabu) — Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menerima kunjungan hormat daripada Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Yayasan Sabah di Bangunan Majlis Peperiksaan Malaysia, hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak, di samping memperkenalkan fungsi serta peranan TPNS.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada Program Insentif Bantuan Yuran Peperiksaan MUET (BAYU) Kerajaan Negeri Sabah, sebagai antara usaha dalam menyokong dan memperkasa akses pendidikan serta peluang pelajar di negeri Sabah khususnya kepada pelajar STPM di negeri Sabah.

MPM amat menghargai kunjungan dan komitmen TPNS dalam menjalinkan kerjasama strategik demi kepentingan calon serta pembangunan pendidikan negara.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuh dan memberikan manfaat kepada pelajar dalam memperkasakan pendidikan negara.

Turut hadir, Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Encik Mohd Shamsul Husry bin Abdul Wahid, Pengurus Bahagian Tabung Pendidikan Negeri Sabah, dan pengawai dari MPM dan TPNS.

#MPM #menjanapentaskiranjitu

Candidates
Public
JPN