W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home Berita Kunjungan Hormat MPM, KPM Ke Pejabat Ketua Siasatan, Sektor Siasatan, LHDN

11 September 2026 (Jumaat) | Cyberjaya – Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Badrul Hisham bin Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Azhar bin Husin, Ketua Pegawai Siasatan, Sektor Siasatan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Ibu Pejabat LHDN, Menara Hasil, Cyberjaya.

Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dan memperkukuh jaringan kerjasama antara MPM dengan LHDN, khususnya dalam aspek perkongsian pandangan, pengalaman serta kepakaran berkaitan tadbir urus dan pengurusan organisasi.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Encik Ab Aziz bin Mamat, Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan merangkap Ahli Lembaga Pengelola MPM, bersama barisan pengurusan dan pegawai MPM.

MPM merakamkan penghargaan kepada pihak LHDN atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga hubungan strategik yang terjalin dapat terus diperkukuh demi menyokong kecemerlangan, integriti dan tadbir urus yang berkesan dalam perkhidmatan awam.

#MPM #MajlisPeperiksaanMalaysia #LHDN #KunjunganHormat #TadbirUrus #KerjasamaStrategik

Candidates
Public
JPN