-
Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan hendaklah mengambil sijil STPM mereka di sekolah masing-masing, manakala Sijil STPM Calon Persendirian Individu dan Calon sekolah swasta akan dipos kepada calon mengikut alamat surat menyurat yang digunakan semasa membuat pendaftaran. Pengeposan adalah menggunakan pos laju.
-
Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan diberi tempoh 24 bulan (2 tahun) selepas sijil STPM dihantar kepada Pengarah Pendidikan Negeri (u.p. Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan) untuk mengambil sijil mereka di sekolah masing-masing. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri akan mengembalikan sijil STPM yang tidak dituntut kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Calon yang ingin mendapatkan sijil STPM selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus dengan MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan akan dikenakan caj sebanyak RM60.00 (termasuk kos penghantaran melalui pos). Bayaran adalah secara dalam talian melalui Sistem Bayaran MPM.
Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG TUNTUTAN SIJIL STPM
-
Calon yang kehilangan sijil STPM boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan peperiksaan STPM yang disahkan atau salinan sijil STPM.
- Bagi permohonan mendapatkan penyata keputusan, caj sebanyak RM30.00 (termasuk kos penghantaran melalui pos). Permohonan adalah bagi calon peperiksaan STPM sebelum tahun 1987 dan bagi calon yang tidak layak mendapat sijil. Bayaran adalah secara dalam talian melalui Sistem Bayaran MPM. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata keputusan peperiksaan STPM.
- Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, caj sebanyak RM60.00 (termasuk kos penghantaran melalui pos). Permohonan adalah bagi calon peperiksaan STPM mulai tahun 1987 yang layak mendapat sijil. Permohonan dan bayaran adalah secara dalam talian di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijil/. Sekiranya maklumat calon tiada, sila e-melkan pertanyaan berkaitan salinan sijil STPM ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, tahun menduduki peperiksaan STPM dan nama sekolah/pusat tempat menduduki peperiksaan.
-
Calon yang ingin mendapatkan transkrip STPM hendaklah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:
- Borang permohonan transkrip sijil STPM {MPM/S4 (Pindaan 2025)]. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG
- Fotokopi slip keputusan STPM atau fotokopi sijil STPM
- Caj bayaran perkhidmatan dikenakan
- Permohonan melalui pos: RM60.00 (termasuk bayaran Pos Laju) dan transkrip STPM dihantar ke alamat pemohon. Bayaran hendaklah dibuat secara Bayaran adalah secara dalam talian melalui Sistem Bayaran MPM.
- Permohonan di kaunter MPM: RM50.00 (bayaran secara tunai atau melalui kod QR)
-
Sekiranya terdapat sebab tertentu keputusan calon dibatalkan, MPM berhak menarik balik sijil STPM yang telah dikeluarkan kepada calon.
- Pautan Sistem Bayaran MPM ada dinyatakan dalam borang permohonan.