Pada 26 hingga 28 Ogos 2024, Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuat kunjungan hormat ke Xi’an, Wilayah Shaanxi, China bagi membincangkan mengenai Pengelolaan dan Pelaksanaan Ujian MUET di China.
Delegasi yang diketuai oleh Ketua Eksekutif MPM, YBrs. Encik Adnan bin Husin itu telah bertemu dengan Consul General of Malaysia di Xian, China iaitu Mr. Lum Wan Liang di Pejabat Consulate General of Malaysia di Xian, China bagi merealisasikan usaha ini.
Turut diadakan perbincangan bersama Presiden dan Pengasas Northern Kuala Lumpur International College, Prof. Dr. Jimmy Lim yang merupakan rakan strategik MPM pada 27 Ogos 2024.
Pihak MPM juga berkesempatan membuat sesi kunjungan hormat dan perbincangan dengan Xi’an International University bersama dengan rakan strategik MPM iaitu Northern Kuala Lumpur International College (NKL) dan rakan strategik di Xi’an, Wilayah Shaanxi, China.
Semoga dengan jalinan kerjasama ini dapat meningkatkan lagi hubungan baik MPM dengan pihak luar sebagai satu langkah dalam memastikan Pengelolaan dan Pelaksanaan Ujian MUET di China dapat dilaksanakan pada tahap yang terbaik.
Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Pegawai Setiausaha MUET, YBrs. Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman dan Pegawai Undang-Undang, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #muet #muetinternational