W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home Berita Perasmian Pusat Ujian Malaysian University English Test (MUET) Di Henan University of Chinese Medicine (HUCM), China

PERASMIAN PUSAT UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) DI CHINA

HENAN (CHINA) 18 OKTOBER 2024 – Henan University of Chinese Medicine (HUCM), Republik Rakyat China secara rasminya telah diluluskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai pusat ujian Malaysian University English Test (MUET) di China. Kelulusan ini diberikan setelah pemeriksaan spesifikasi pusat ujian MUET oleh MPM yang pemeriksaannya dilaksanakan sendiri oleh delegasi MPM yang diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, iaitu Encik Adnan bin Husin.

Surat kelulusan sebagai pusat ujian MUET telah diserahkan oleh Ketua Eksekutif MPM kepada HUCM, Republik Rakyat China yang diwakili oleh Prof. Wang Yaoxian, President of HUCM dan disaksikan oleh Prof. Tian Li, Vice Chancellor of HUCM; Prof. Zhu Jianfei, Director of International Cooperation Branch of HUCM; Mr. Zheng Qingwu, Director of the Information Technology Department of HUCM; Prof. Lu Ping, President of China-Malaysia join College; Associate Prof. Li Xiaokun, Deputy Director, Women’s International Cooperation Department of HUCM.

Dengan penyerahan surat kelulusan tersebut,HUCM secara rasminya telah menjadi salah satu pusat ujian MUET di China. Inisiatif pembukaan pusat MUET di HUCM ini adalah hasil kerjasama antara MPM dengan rakan strategik MPM di Malaysia, iaitu HuiHuang International (M) Sdn Bhd. Majlis penyerahan surat kelulusan ini turut disaksikan oleh CEO HuiHuang International (M) Sdn Bhd, iaitu Encik Lai Huihuang yang juga Presiden Belt and Road International Education Exchange Association (BRIEEA).

Delegasi MPM yang hadir untuk inspektorat pusat ujian dan dalam majlis penyerahan surat kelulusan pusat MUET di HUCM ialah Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol, Pegawai Undang-Undang, Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman, Pegawai Peperiksaan MUET, dan Encik Amir bin Abdul Jaya, Pegawai Peperiksaan.

 

#mpm #menjanapentaksiranjitu #muet #muetinternational

Candidates
Public
JPN
MEC Staff