Pada 6 April 2023 telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama (MoU) antara Majlis Peperiksaan Malaysia dengan Guangzhou Xinma International Education Technology Co., Ltd untuk menjalankan ujian MUET di negara China.
Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Encik Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif MPM dan Encik Hou Yonghui, Pengerusi Guangzhou Xinma International Education Technology Co., Ltd bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Peperiksaan Malaysia.
Kerjasama yang dijalinkan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi ujian MUET di peringkat yang seterusnya.
#MPM
#menjanapentaksiranjitu
#muetinternational