Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) pada dasarnya ialah satu ujianuntuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu untuk semua guru yangmengajarkan Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah Kementerian PendidikanMalaysia (KPM). UPBMG menguji empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar,bertutur, membaca, dan menulis. Keempat-empat komponen kemahiran bahasatersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KurikulumStandard Bahasa Melayu (KSBM).
Calon UPBMG terdiri daripada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu samaada yang opsyen Bahasa Melayu dan bukan opsyen bahasa Melayu. Namun begitu,sasaran utama bagi tahun 2022 hingga 2025 ialah calon guru terdiri daripadaguru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajarkan Bahasa Melayu disekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan,dan sekolah agama bantuan kerajaan di bawah KPM.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari Laman Utama Mantap BM di pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/upbmg/utama