Urus Setia Majlis
Pentadbiran MPM dan pengurusan peperiksaan dijalankan oleh Urus Setia Majlis yang bertanggungjawab kepada Majlis. Urus Setia ini diketuai oleh Ketua Eksekutif yang menjadi Ketua Pegawai Pentadbiran dan Ketua Pegawai Akademik. Ketua Eksekutif MPM kini ialah YBrs. Encik Adnan Bin Husin.
Urus Setia Majlis terbahagi kepada dua sektor yang masing-masing diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif 1 dan Timbalan Ketua Eksekutif 2. Sektor-sektor tersebut adalah seperti yang berikut:
- Sektor Penyelidikan, Pembinaan, dan Pengujian
- Bahagian Penyelidikan dan Dasar Peperiksaan
- Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
- Bahagian Sains dan Matematik
- Bahagian Sains Sosial dan MUET
- Bahagian Percetakan Keselamatan
- Bahagian Pembinaan Kompetensi
Sektor ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sukatan pelajaran, pembinaan kertas soalan, percetakan dan perbekalan kertas soalan, pemprosesan keputusan dan data peperiksaan, menetapkan standard, menganugerahkan keputusan peperiksaan, penyelidikan, dan latihan.
- Sektor Pentadbiran Am, Kewangan, dan Pengendalian Peperiksaan
- Bahagian Pengendalian Kompetensi
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET
- Bahagian Pengurusan Keselamatan
- Bahagian Pengurusan Kewangan
Sektor ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan, perkhidmatan, pentadbiran am, perakaunan, pendaftaran calon, pengendalian pusat peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan, pelantikan pengawas dan pemeriksa, dan keselamatan.
Selain bahagian-bahagian di atas, terdapat tiga unit lain yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Eksekutif, iaitu Unit Perhubungan Awam, Unit Audit Dalam, dan Unit Integriti.
Dalam pengurusan peperiksaan, MPM mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia, dan semua institusi pengajian tinggi.