Pada hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan Luminenz Higher Education Consult. bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor.
MoU ini ditandatangani oleh Ketua Eksekutif MPM, YBrs. Encik Adnan bin Husin bersama Pengarah Luminenz Higher Education Consult, YBhg. Dato' Dr. Ajit Singh. Turut sama, YBrs. Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1 dan YBrs. Encik Ahmad Kamal bin Hj. Abdul Hadi, Timbalan Ketua Eksekutif 2.
Melalui MoU ini juga diharap dapat membuka peluang pemasaran yang lebih luas dalam mempromosikan produk MUET ke peringkat antarabangsa.
#menjanapentaksiranjitu
#MPM