W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Perasmian Pusat Ujian Malaysian University English Test (MUET) Di China

SHIJIAZHUANG, HEBEI (CHINA) 11 November 2024 – Shijiazhuang High-Tech Guojie School secara rasminya telah diluluskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai pusat ujian Malaysian University English Test (MUET) di Shijiazhuang, Hebei, China. Kelulusan ini diberikan setelah pemeriksaan spesifikasi pusat ujian MUET oleh MPM yang pemeriksaannya dilaksanakan sendiri oleh delegasi MPM yang diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, iaitu Encik Adnan bin Husin.

Surat kelulusan sebagai pusat ujian MUET telah diserahkan oleh Ketua Eksekutif MPM kepada Shijiazhuang High-Tech Guojie School, Republik Rakyat China yang diwakili oleh Mr Ju Yonglei, Principal, CEO of Shijiazhuang High-Tech Guojie School; Mr. Su Qian, Director of MUET Test Center in Shijiazhuang High-Tech Guojie School; Mrs. Li Lingyun, Director of Teaching Department, MUET Test Center Shijiazhuang High-Tech Guojie School; Mrs. Xu Ying, Executive Principal of Shijiazhuang High-Tech Guojie School.

Dengan penyerahan surat kelulusan tersebut, Shijiazhuang High-Tech Guojie School secara rasminya telah menjadi salah satu pusat ujian MUET di China. Inisiatif pembukaan pusat MUET di Shijiazhuang High-Tech Guojie School ini adalah hasil kerjasama antara MPM dengan rakan strategik MPM di Malaysia, iaitu Sabah Institute of Arts (SIA).

Majlis penyerahan surat kelulusan ini turut disaksikan oleh Presiden Sabah Institute of Arts (SIA), iaitu Prof Dato’ Seri Dr. Wilson Yong Tung Yun.

Delegasi MPM yang hadir untuk inspektorat pusat ujian dan dalam majlis penyerahan surat kelulusan pusat MUET di Shijiazhuang High-Tech Guojie School ialah Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol, Pegawai Undang-Undang, Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman, Pegawai Peperiksaan MUET, dan Encik Amir bin Abdul Jaya, Pegawai Peperiksaan.

#mpm #menjanapentaksiranjitu #muet #muetinternational

 

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN
Warga MPM