DONGGUAN (CHINA) 14 Januari 2025– Dongguan University of Technology (DGUT), Dongguan City, secara rasminya telah diluluskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai pusat ujian Malaysian University English Test (MUET) di Dongguan, China. Kelulusan ini diberikan setelah pemeriksaan spesifikasi pusat ujian MUET oleh MPM yang pemeriksaannya dilaksanakan sendiri oleh delegasi MPM yang diketuai oleh Ketua Eksekutif MPM, iaitu Encik Adnan bin Husin.
Surat kelulusan sebagai pusat ujian MUET telah diserahkan oleh Ketua Eksekutif MPM kepada DGUT, Republik Rakyat China yang diwakili oleh Mr. Liu Wei, Dean of School of Continuing Education, DGUT.
Dengan penyerahan surat kelulusan tersebut, DGUT secara rasminya telah menjadi salah satu pusat ujian MUET di China. Inisiatif pembukaan pusat MUET ini adalah hasil kerjasama antara MPM dengan rakan strategik MPM di Malaysia, iaitu Censon Consultant.
Majlis penyerahan surat kelulusan ini turut disaksikan oleh Director of Censon Consultant, iaitu Encik Anson Tan dan Encik Mao Xianfeng (Mark).
Delegasi MPM yang hadir untuk inspektorat pusat ujian pada majlis penyerahan surat kelulusan pusat MUET di DGUT ialah Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol, Pegawai Undang-Undang, YBrs. Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman, Pegawai Peperiksaan MUET, dan Encik Amir bin Abdul Jaya, Pegawai Peperiksaan.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #muetinternational