W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Majlis Penyampaian Surat Pelantikan Ketua Eksekutif MPM (Ke-9)

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT PELANTIKAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA YANG BAHARU (KE-9) DAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA EKSEKUTIF MPM KE-8 KEPADA TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF 1, MPM YANG AKAN MENJALANKAN FUNGSI KETUA EKSEKUTIF MPM KE-9 BERKUAT KUASA MULAI 27 APRIL 2025

Batu Caves, 25 April 2025 – Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, telah menyampaikan Surat Pelantikan Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, MPM sebagai Ketua Eksekutif MPM Yang Ke-9 berkuat kuasa mulai 27 April 2025, iaitu bagi menggantikan Encik Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif MPM Ke-8 yang akan bersara wajib pada 27 April 2025.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Eksekutif MPM juga telah berlangsung dalam majlis yang sama, iaitu daripada Ketua Eksekutif MPM Ke-8 kepada Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif, 1 MPM yang akan menjalankan fungsi sebagai Ketua Eksekutif MPM Ke-9 mulai 27 April 2025 dengan disaksikan oleh Pengerusi MPM.

Semoga MPM di bawah kepimpinan baharu ini akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan MPM dan dapat mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan disamping pewujudan inisiatif-inisiatif baharu yang berimpak tinggi demi kemampanan MPM pada masa hadapan.

#mpm #menjanapentaksiranjitu

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN
Warga MPM