W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Majlis Persaraan Encik Adnan Bin Husin, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

Batu Caves, 25 April 2025 (Jumaat) - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengadakan Majlis Persaraan YBrs. Encik Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif MPM pada petang ini bertempat di Dewan Besar MPM. Beliau akan menamatkan perkhidmatan dari kerajaan dan MPM berkuat kuasa pada 27 April 2025.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Dr Md Amin bin Md Taff, yang juga Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Turut hadir ialah Timbalan Ketua Eksekutif 1 MPM, Timbalan Ketua Eksekutif 2 MPM, dan Barisan Ketua-Ketua Bahagian dan Unit MPM.

Kehadiran isteri Ketua Eksekutif MPM turut menyerikan lagi majlis, iaitu Puan Sofia Nor binti Molhit, yang juga merupakan tulang belakang sepanjang perkhidmatan Ketua Eksekutif MPM.

Seluruh warga MPM merasai kehilangan seorang pemimpin yang sangat disegani, dihormati dan disayangi sepanjang beliau berkhidmat selama 33 tahun di MPM.

Terima Kasih dan Selamat Bersara Tuan Ketua Eksekutif MPM.

#mpm #menjanapentaksiranjitu

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN
Warga MPM