3 April 2026 (Jumaat) - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menerima Lawatan Penandaarasan dari Pusat Peperiksaan dan Pengijazahan (ECG), Jabatan Perkhidmatan Akademik, Universiti Malaya, di Bangunan MPM. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM dan delegasi dari Universiti Malaya diketuai oleh YBrs Puan Siti Salwati Fadzli, Pengarah, Pusat Peperiksaan dan Pengijazahan, Universiti Malaya.
Lawatan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama serta perkongsian amalan terbaik, khususnya dalam aspek pengurusan peperiksaan, kawalan keselamatan kertas soalan serta tadbir urus pengendalian peperiksaan secara keseluruhanya. Pelbagai pengisian telah diadakan termasuk sesi pembentangan, perkongsian kepakaran serta sesi soal jawab yang interaktif dan bermanfaat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada delegasi Universiti Malaya dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kecemerlangan sistem pentaksiran negara.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #lawatanpenandaarasan