W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
BIL NAMA BORANG/DOKUMEN  
1 Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 1 STPM 2025  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
2 Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2025  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
3 Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2025  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
4 Jadual Waktu Peperiksaan Semester 2 STPM 2025  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
5 Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2025  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
6 Jadual Waktu JG Semester 1 STPM 2025  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
7 Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2026  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
8 Jadual Waktu Peperiksaan Patching Semester 1 STPM 2024  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
9 Jadual Waktu Peperiksaan Patching Semester 2 STPM 2024  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 
10 Jadual Waktu Peperiksaan Patching Semester 3 STPM 2024  Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
 

Menukar Kertas Atau Mata Pelajaran Atau Menambah Mata Pelajaran

  1. Jika calon telah mendaftar bagi sesuatu mata pelajaran dan ingin menukar mata pelajaran itu dengan mata pelajaran yang lain selepas tamat tempoh pendaftaran, caj sebanyak RM50.00 per mata pelajaran akan dikenakan. Penukaran mata pelajaran selepas tamat tempoh pendaftaran hendaklah dikemukakan selewat-lewat sebulan dari tarikh tutup pendaftaran bagi sesuatu semester yang berkenaan. Calon juga tidak dibenarkan untuk menukar mata pelajaran sekiranya peperiksaan pada semester yang berkenaan telah diadakan.
  2. Jika calon ingin menambah mata pelajaran (calon dibenarkan mengambil maksimum lima mata pelajaran sahaja) selepas tarikh pendaftaran ditutup, caj pentadbiran sebanyak RM50.00 akan dikenakan di samping caj bagi mata pelajaran yang ditambah, iaitu sebanyak RM90.00 per mata pelajaran. Penambahan mata pelajaran hanya boleh dibuat pada semester 1 dan semester 2 sahaja. Bagi peperiksaan kertas bertulis semester 1 yang tertinggal (jika calon membuat pendaftaran pada semester 2 sahaja), calon boleh mendudukinya pada semester 3.
  3. Calon yang membuat penambahan mata pelajaran pada semester 2 akan dikehendaki mengambil kertas alternatif bertulis yang menggantikan Kerja Kursus. Namun demikian, jika mata pelajaran yang hendak ditambah tidak menawarkan kertas alternatif bertulis yang menggantikan Kerja Kursus, calon akan dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus dan penghantaran Kerja Kursus tersebut akan dilanjutkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan oleh MPM kemudian. Mata pelajaran ICT tidak boleh diambil sebagai mata pelajaran tambahan pada semester 2. Penambahan mata pelajaran selepas tamat tempoh pendaftaran hendaklah dikemukakan selewat-lewat sebulan dari tarikh tutup pendaftaran bagi sesuatu semester yang berkenaan.
  4. Calon yang mendaftar selepas tarikh keputusan STPM diumumkan atau calon yang mendaftar lewat kerana gagal memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak dibenarkan untuk menukar atau menambah mata pelajaran yang telah didaftarkan.
  5. Bagi calon yang ingin menggugurkan sesuatu mata pelajaran, bayaran bagi mata pelajaran yang digugurkan itu tidak akan dikembalikan.
  6. Calon tidak dibenarkan untuk menukar atau menggugurkan mata pelajaran sekiranya peperiksaan bagi salah satu kertas untuk mata pelajaran tersebut telah diadakan.
  7. Calon yang ingin menukar kertas atau mata pelajaran atau menambah mata pelajaran perlu mengisi borang STPM/K14 (Pindaan 2025) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran adalah secara dalam talian melalui SIstem Bayaran MPM.
  8. Untuk mendapatkan borang STPM/K14 (Pindaan 2025), klik di sini.
  • Pautan Sistem Bayaran MPM ada dinyatakan dalam borang permohonan.

Perpindahan Pusat Peperiksaan

  1. Perpindahan dari satu pusat peperiksaan ke satu pusat peperiksaan yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Pemohon hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perpindahan Pusat Peperiksaan [STPM/K14  (Pindaan 2025)] yang dapat diperoleh dan dicetak daripada laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui KPPK/KPP, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
  2. Permohonan untuk berpindah ke pusat peperiksaan yang lain hendaklah dikemukakan tidak lewat dari 4 minggu sebelum hari pertama peperiksaan bagi sesuatu semester bermula. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  3. Bayaran perpindahan pusat peperiksaan ialah RM50.00 dan bayaran adalah secara dalam talian melalui Sistem Bayaran MPM. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.
  4. Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaan mestilah mengambil peperiksaan di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran yang baharu (LPKC baharu).
  5. Calon yang masih belum menerima kelulusan perpindahan pusat peperiksaan dalam tempoh seminggu sebelum peperiksaan bertulis bagi sesuatu semester bermula hendaklah menghubungi KPPK/KPP, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atau Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA.
  6. Untuk mendapatkan borang STPM/K14 (Pindaan 2025), klik disini.
  • Pautan Sistem Bayaran MPM ada dinyatakan dalam borang permohonan.
  1. Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan hendaklah mengambil sijil STPM mereka di sekolah masing-masing, manakala Sijil STPM Calon Persendirian Individu dan Calon sekolah swasta akan dipos kepada calon mengikut alamat surat menyurat yang digunakan semasa membuat pendaftaran. Pengeposan adalah menggunakan pos laju.

  2. Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan diberi tempoh 24 bulan (2 tahun) selepas sijil STPM dihantar kepada Pengarah Pendidikan Negeri (u.p. Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan) untuk mengambil sijil mereka di sekolah masing-masing. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri akan mengembalikan sijil STPM yang tidak dituntut kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Calon yang ingin mendapatkan sijil STPM selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus dengan MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan akan dikenakan caj sebanyak RM60.00 (termasuk kos penghantaran melalui pos). Bayaran adalah secara dalam talian melalui Sistem Bayaran MPM.

    Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG TUNTUTAN SIJIL STPM

  3. Calon yang kehilangan sijil STPM boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan peperiksaan STPM yang disahkan atau salinan sijil STPM.

    1. Bagi permohonan mendapatkan penyata keputusan, caj sebanyak RM30.00 (termasuk kos penghantaran melalui pos). Permohonan adalah bagi calon peperiksaan STPM sebelum tahun 1987 dan bagi calon yang tidak layak mendapat sijil. Bayaran adalah secara dalam talian melalui Sistem Bayaran MPM. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata keputusan peperiksaan STPM.
    2. Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, caj sebanyak RM60.00 (termasuk kos penghantaran melalui pos). Permohonan adalah bagi calon peperiksaan STPM mulai tahun 1987 yang layak mendapat sijil. Permohonan dan bayaran adalah secara dalam talian di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijil/. Sekiranya maklumat calon tiada, sila e-melkan pertanyaan berkaitan salinan sijil STPM ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, tahun menduduki peperiksaan STPM dan nama sekolah/pusat tempat menduduki peperiksaan.
  4. Calon yang ingin mendapatkan transkrip STPM hendaklah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:

    1. Borang permohonan transkrip sijil STPM {MPM/S4 (Pindaan 2025)]. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG
    2. Fotokopi slip keputusan STPM atau fotokopi sijil STPM
    3. Caj bayaran perkhidmatan dikenakan
      1. Permohonan melalui pos: RM60.00 (termasuk bayaran Pos Laju) dan transkrip STPM dihantar ke alamat pemohon. Bayaran hendaklah dibuat secara Bayaran adalah secara dalam talian melalui Sistem Bayaran MPM.
      2. Permohonan di kaunter MPM: RM50.00 (bayaran secara tunai atau melalui kod QR)
  5. Sekiranya terdapat sebab tertentu keputusan calon dibatalkan, MPM berhak menarik balik sijil STPM yang telah dikeluarkan kepada calon.

  • Pautan Sistem Bayaran MPM ada dinyatakan dalam borang permohonan.
BIL NAMA BORANG / DOKUMEN  

Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM(Guna Pakai
Untuk Peperiksaan STPM Mulai 2026)

Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun

Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM(Guna Pakai
Untuk Peperiksaan STPM Mulai 2025)

Lihat

Lihat Dokumen

| Muat Turun
Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN