28 Januari 2022 – Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menandatangani MoU untuk menjalankan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) di negara China.
Terima kasih atas kesungguhan UPSI yang sudi untuk bekerjasama dengan MPM bagi memasarkan MUET sebagai produk Malaysia ke peringkat antarabangsa.
MoU yang ditandatangani pada hari ini adalah MoU pertama yang ditandatangani oleh MPM dengan Universiti Awam bagi melaksanakan MUET di peringkat antarabangsa.
Diharapkan UPSI akan menjadi Universiti Awam yang pertama yang berjaya bekerjasama dengan MPM untuk melaksanakan MUET di luar negara dan diharapkan terdapat negara lain selain dari China yang akan menyusul untuk dilaksanakan MUET.