Pada 10 Disember 2022 di Jakarta, Indonesia telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara YBrs. En Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia dengan Yth. Dr. Hamdan Zoelva, S.H., M.H., Rektor Jakarta Business School (JBS) untuk Membuka Pusat Latihan dan Pusat Ujian untuk Malaysian University English Test (MUET) di Indonesia.