Pada 6 April 2023 telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama (MoU) antara Majlis Peperiksaan Malaysia dengan Phoenix Asia Academy of Technology untuk menjalankan ujian MUET di negara China.
Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Encik Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif MPM dan Encik Kenneth Quah Kim Kean, Presiden Phoenix Asia Academy of Technology bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Peperiksaan Malaysia.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat meningkatkan lagi ujian MUET di peringkat antarabangsa.
#MPM
#menjanapentaksiranjitu
#muetinternational