Pada 30 Ogos hingga 31 Ogos 2024, Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuat kunjungan ke Nanning, Guangxi Zhuang Autonomous Region, China.
Delegasi yang diketuai oleh Ketua Eksekutif MPM, YBrs. Encik Adnan bin Husin itu telah disambut baik oleh Mr. Yan Renyun, Presiden of Guangxi Hande Group Co., Ltd.semasa sesi kunjungan hormat di Guangxi Hande Group Co., Ltd. di Nanning, Guangxi Zhuang Autonomous Region, China. MPM berbesar hati kerana pihaknya telah membuat perkongsian ilmu dan teknologi berhubung dengan penggunaan sistem kecerdasan buatan (AI) dalam pengendalian peperiksaan.
MPM turut berkesempatan membuat kunjungan hormat ke Guangxi University bersama dengan rakan strategik MPM iaitu Northern Kuala Lumpur International College (NKL) dan rakan strategik di Nanning, Guangxi Zhuang Autonomous Region, China.
Seterusnya, MPM mengadakan perbincangan dengan pihak Guangxi University Asset Management Co., Ltd. bersama dengan rakan strategik MPM iaitu Northern Kuala Lumpur International College (NKL) dan rakan strategik di Nanning, Guangxi Zhuang Autonomous Region, China berhubung dengan Pengelolaan dan Pelaksanaan Ujian MUET di China.
Kunjungan tersebut dihadiri oleh Mr. Fu Wenke, Chairman of Guangxi University Asset Management Co., Ltd, Mr. Wang Yundong, Vice Chairman and General Manager of Guangxi University Asset Management Co., Ltd., Mr. He Shanhong, Deputy General Manager of Guangxi University Asset Management Co., Ltd. Chairman of Guangxi Sida Education Development Co., Ltd., Mr. Zhong Rongjie, General Manager of Guangxi Sida Education Development Co., Ltd., Mr. Huang Zhiwei, Deputy General Manager of Guangxi Sida Education Development Co., Ltd., Mr. Yan Renyun, Presiden of Guangxi Hande Group Co., Ltd. Dan Prof. Dr. Jimmy Lim, Presiden dan Pengasas Northern Kuala Lumpur International College.
Kunjungan ini memberi manfaat kepada MPM selaku badan pentaksiran supaya dapat memastikan pelaksanaan operasi seiring dengan arus digitalisasi selain memastikan nilai Ujian MUET dapat dilaksanakan pada peringkat yang lebih tinggi.
Turut hadir mewakili MPM, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Pegawai Setiausaha MUET, YBrs. Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman dan Pegawai Undang-Undang, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #muet #muetinternational