W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Perasmian Pusat Ujian Malaysian University English Test (MUET) Di China

JIANGXI (CHINA) 15 OKTOBER 2024 – East China Jiaotong University (ECJU), Republik Rakyat China secara rasminya telah diluluskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai pusat ujian Malaysian University English Test (MUET) di China. Kelulusan ini diberikan setelah ECJU lulus pemeriksaan spesifikasi pusat ujian MUET oleh MPM. Pemeriksaan spesifikasi pusat ujian ini telah dilaksanakan sendiri oleh delegasi MPM yang diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, iaitu Encik Adnan bin Husin.

Surat kelulusan sebagai pusat ujian MUET telah diserahkan sendiri oleh Ketua Eksekutif MPM kepada ECJU, Republik Rakyat China yang diwakili oleh Professor Dr. Yang Hui, Naib Presiden ECJU. Dengan penyerahan surat kelulusan tersebut, ECJU secara rasminya telah menjadi salah satu pusat ujian MUET di China. Inisiatif pembukaan pusat MUET di ECJU ini adalah hasil kerjasama antara MPM dengan rakan strategik MPM di Malaysia, iaitu HuiHuang International (M) Sdn Bhd. Majlis penyerahan surat kelulusan ini turut disaksikan oleh CEO HuiHuang International (M) Sdn Bhd, iaitu Encik Lai Huihuang yang juga Presiden Belt and Road International Education Exchange Association (BRIEEA).

Kehadiran delegasi MPM disambut oleh Prof. Madya Dr. Zhu Wanghai, Pengarah International Cooperation and Exchange, ECJU, Encik Xue Xianqing, Party Secretary, School of Foreign Languages of ECJU, Prof. Dr. Lu Xiuying, Dekan School of Foreign Languages, ECJU, Prof. Madya Mr.Li Xing, Timbalan Dekan School of Foreign Languages, ECJU, Encik Su Pengxiang, Pengurus Besar Huihuang International Education Consulting (Beijing) Co., Ltd. Encik Xu Genzhu, Pengurus Besar Huihuang International Education Consulting (Jiangxi) Co., Ltd, Encik Li Bin, Timbalan Pengurus Besar Huihuang International Education Consulting (Jiangxi) Co., Ltd dan Dr Kasim Jalil yang merupakan penasihat akademik Huihuang International Education Consulting (Beijing) Co., Ltd.

Delegasi MPM yang hadir untuk inspektorat pusat ujian dan dalam majlis penyerahan surat kelulusan pusat MUET di ECJU ialah Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol, Pegawai Undang-Undang, Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman, Pegawai Peperiksaan MUET, dan Encik Amir bin Abdul Jaya, Pegawai Peperiksaan.

 

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN
Warga MPM