W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Perjanjian Kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Majlis Peperiksaan Malaysia Mengenai Pelaksanaan STPM dan MUET Kepada Calon Bukan Warganegara Malaysia

UKM Bangi, 21 Oktober 2024 : Perjanjian Kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah dimeterai di Ballroom UKMShape. Dalam perjanjian kerjasama ini, UKM telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, UKM dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Muhammad Bin Hussin, Pengarah UKMShape, manakala MPM telah diwakili oleh YBrs. En. Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif, MPM dan YBrs. En. Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, MPM. Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ikhwan Haji Toriman, MPM, yang juga Naib Canselor, UKM.

Perjanjian kerjasama ini adalah bertujuan menawarkan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau dalam bahasa inggeris disebut sebagai Malaysian Higher School Certificate (MHSC) kepada calon-calon bukan warganegara Malaysia dan menduduki peperiksaan STPM atau MHSC sama ada di negara asal, di Malaysia, atau negara luar yang lain.

Selain itu, perjanjian kerjasama ini juga adalah bagi menawarkan Program Latihan Malaysian University English Test (MUET) kepada calon-calon bukan warganegara Malaysia atau warganegara Malaysia seterusnya menduduki ujian MUET sama ada di negara asal, di Malaysia, atau negara luar lain dan akhirnya calon-calon ini boleh menggunakan keputusan ujian MUET bagi tujuan melanjutkan pengajian di Malaysia atau di negara-negara lain yang menerima dan mengiktiraf MUET.

Dengan kelebihan, kepakaran, dan jalinan antarabangsa yang dimiliki UKM, ditambah dengan kredibiliti MPM sebagai sebuah badan pentaksiran bertaraf antarabangsa yang menganggotai badan pentaksiran pendidikan dunia, MPM yakin ia akan dapat mengangkat dan memartabatkan peperiksaan STPM atau MHSC dan ujian MUET pada peringkat global. Hal ini juga akan dapat memperkukuhkan dan memastikan peperiksaan STPM dan ujian MUET terus relevan pada masa hadapan.

#mpm #menjanapentaksiranjitu #stpm #muet #ukmbangi #MUETINTERNATIONAL

 

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN
Warga MPM