WUHAN (CHINA) 22 OKTOBER 2024 – MPM telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Wilayah Hubei, Wuhan, China bagi mengadakan perbincangkan tentang pembukaan pusat ujian MUET di Wilayah Hubei, Wuhan, China dan penerokaan bentuk kerjasama baharu antara kedua-dua agensi dalam sektor pendidikan dan peperiksaan.
Kunjungan hormat ini diadakan berdasarkan jemputan dari Jabatan Pendidikan Wilayah Hubei, China bersama-sama dengan rakan strategik MPM untuk melaksanakan MUET di negera China, iaitu F2 Alliance Sdn. Bhd.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #muetinternational #muet