KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA KE ZHEJIANG INSTITUTE OF ECONOMICS AND TRADE, HANG ZHOU, CHINA
HANG ZHOU, (CHINA) 12 November 2024 – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membuat kunjungan hormat ke Zhejiang Institute of Economics and Trade, Hang Zhou , China. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Ketua Eksekutif MPM, iaitu Encik Adnan bin Husin.
Delegasi MPM yang turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol, Pegawai Undang-Undang, Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman, Pegawai Peperiksaan MUET, dan Encik Amir bin Abdul Jaya, Pegawai Peperiksaan.
Dalam kunjungan hormat ini, YBrs. Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman telah memberikan penerangan berkaitan ujian Malaysian University English Test (MUET) kepada pihak Zhejiang Institute of Economics and Trade dalam usaha MPM memperkenalkan MUET ke peringkat antarabangsa.