PERASMIAN PUSAT UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) DI XEIPEI EDUCATION, HANG ZHOU, CHINA
HANG ZHOU (CHINA) 13 November 2024 – Xiepei Education secara rasminya telah diluluskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai pusat ujian Malaysian University English Test (MUET) di Hang Zhou, China. Kelulusan ini diberikan setelah pemeriksaan spesifikasi pusat ujian MUET oleh MPM yang pemeriksaannya dilaksanakan sendiri oleh delegasi MPM yang diketuai oleh Ketua Eksekutif MPM, iaitu Encik Adnan bin Husin.
Surat kelulusan sebagai pusat ujian MUET telah diserahkan oleh Ketua Eksekutif MPM kepada Xeipei Education, Republik Rakyat China yang diwakili oleh Mr. Mao Yifei, CEO of Xeipei Education; Mr. Wu Meng, Vice President of Xiepei Education; Mr. Sun Bei, Director of International Education; dan Mr. Jiang Hao, Director of Online Marketing Department.
Dengan penyerahan surat kelulusan tersebut, Xiepei Education secara rasminya telah menjadi salah satu pusat ujian MUET di China. Inisiatif pembukaan pusat MUET di Xiepei Education ini adalah hasil kerjasama antara MPM dengan rakan strategik MPM di Malaysia, iaitu Sabah Institute of Arts (SIA). Majlis penyerahan surat kelulusan ini turut disaksikan oleh President SIA, iaitu Prof Dato’ Seri Dr. Wilson Yong Tung Yun.
Delegasi MPM yang hadir untuk inspektorat pusat ujian dan dalam majlis penyerahan surat kelulusan pusat MUET di Xiepei ialah Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol, Pegawai Undang-Undang, YBrs. Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman, Pegawai Peperiksaan MUET, dan Encik Amir bin Abdul Jaya, Pegawai Peperiksaan.