9 April 2025 (Rabu) - Pada pagi ini, warga MPM telah menyertai Program Personal Transformation Program: Grow With Heart bertempat di Dewan Besar MPM untuk membantu kakitangan MPM menjalani proses transformasi diri yang menyeluruh, bermula dari hati.
Program ini dirangka khusus bagi membimbing warga kerja MPM mengenal potensi diri, membina kekuatan dalaman dari aspek emosi, mental dan spiritual, serta menumbuhkan kesedaran kendiri yang lebih mendalam.
Melalui pendekatan yang holistik dan berasaskan nilai-nilai murni, program ini diharapkan dapat menyemai semangat positif, memperkukuh kesejahteraan diri, dan seterusnya menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih harmoni dan produktif.
Turut hadir YBrs. Encik Adnan bin Husin, Ketua Eksekutif MPM bersama pihak pengurusan dalam bersama-sama dalam program ini.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #latihan