Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terus melangkah ke hadapan dengan memperluaskan ujian MUET ke peringkat antarabangsa, khususnya di China buat pertama kalinya pada 15 April 2025 hingga 21 April 2025 di pusat-pusat berikut:
1. Harbin Institute of Technology (Weihai), Shandong
2. Shandong University of Art & Design, Shandong
3. Southwest University International Education Center, Chongqing
4. Guangxi University, Guangxi Zhuang Autonomous Region
5. Hangzhou Research Institute of Xidian University, Zhejiang
6. Fujian Hongyuan Technical School, Fujian
Sebelum ini, MUET di peringkat antarabangsa telah dilaksanakan di Indonesia sejak tahun 2019, melibatkan lokasi di Jakarta, Lombok, dan Riau. Pelaksanaan ini dijayakan dengan kerjasama rakan strategik MPM di Indonesia, iaitu PT Nizwa Pratama dan Jakarta Business School.
Syabas kepada MPM atas usaha berterusan memperkasakan MUET ke peringkat antarabangsa setanding dengan ujian kemahiran Bahasa Inggeris antarabangsa terkemuka, khususnya dengan IELTS dan Pearson English dari UK, dan TOEFL dari USA.