-
Perpindahan menumpang dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini. Calon hendaklah memohon secara dalam talian melalui pautan http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.
-
Permohonan perpindahan menumpang pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).
-
Bayaran perpindahan menumpang pusat ujian MUET untuk calon sekolah/institusi dan calon persendirian individu bagi warganegara dan bukan warganegara ialah bayaran sebanyak RM60.00.
-
Permohonan pindah menumpang pusat ujian dibuka dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh MUET/D mula dimuatnaik di portal MPM.
-
Calon yang berjaya menukar tumpang pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.
Perpindahan Pusat Ujian
- Butiran
- 222815