W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama MUET Pindaan Maklumat Calon
  1. Calon hendaklah menyemak maklumat pendaftaran pada MUET/PP yang boleh dicetak dan disimpan dalam format pdf sebaik sahaja melengkapkan pendaftaran dalam talian bagi memastikan semua maklumat adalah betul.  Sekiranya terdapat maklumat yang silap, calon boleh memohon pembetulan maklumat secara manual. Permohonan pembetulan maklumat semasa tempoh pendaftaran dibuka tidak dikenakan bayaran

  2. Sekiranya calon gagal mengemaskinikan maklumat dalam tempoh pendaftaran dibuka, maka calon hendaklah melengkapkan Borang Pembetulan Maklumat Calon  [MUET/C9 (Pindaan 2025)] yang boleh dicetak daripada portal MPM dan menghantarnya dengan kadar segera ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi masing-masing (bagi calon sekolah/institusi). Permohonan pembetulan maklumat selepas pendaftaran ditutup dikenakan bayaran RM50.00. Bayaran melalui Sistem Bayaran MPM di pautan https://mecea.mpm.edu.my/bayaranmpm/.

  3. MUET/D dengan maklumat yang silap, sah digunakan untuk menduduki MUET. Pembetulan maklumat juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengawas di pusat ujian untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Pengawasan. Pembetulan hanya akan dibuat pada Sijil MUET yang akan dikeluarkan kelak sekiranya MPM menerima borang MUET/C9 (Pindaan 2025) berserta bayaran RM50.00.
  4. Calon hendaklah menggunakan nombor pengenalan diri yang sama semasa ujian kelak. Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas dan akan menyusahkan calon sendiri.

  5. Bagi permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan ujian MUET diumumkan, calon perlu membuat permohonan pembetulan maklumat seperti dinyatakan pada para 2.

  6. Untuk mendapatkan borang MUET/C9, sila klik di sini.
  • Pautan Sistem Bayaran MPM ada dinyatakan dalam borang permohonan.
Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN