W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama MUET Pindaan Maklumat Calon
  1. Calon hendaklah menyemak maklumat pendaftaran pada MUET/PP yang boleh dicetak dan disimpan dalam format pdf sebaik sahaja melengkapkan pendaftaran dalam talian bagi memastikan semua maklumat adalah betul.  Sekiranya terdapat maklumat yang silap, calon boleh memohon pembetulan maklumat secara manual.

  2. Sekiranya calon gagal mengemaskinikan maklumat dalam tempoh pendaftaran dibuka, maka calon hendaklah melengkapkan Borang Pembetulan Maklumat Calon  [MUET/C9 (Pindaan 2024)] yang boleh dicetak daripada portal MPM dan menghantarnya dengan kadar segera ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi masing-masing. Permohonan pindaan dalam tempoh ini tidak dikenakan bayaran dan calon juga akan mendapat MUET/D kelak dengan semua maklumat yang telah dipinda.

  3. Permohonan pembetulan maklumat yang diterima dua minggu selepas MUET/D dimuatnaik di portal MPM akan dikenakan bayaran RM50.00.  Bayaran  hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang (Money Order)/Bank Draft atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.  MUET/D dengan maklumat yang silap, sah digunakan untuk menduduki MUET.  Pembetulan maklumat juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengawas di pusat ujian untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Pengawasan. Pembetulan hanya akan dibuat pada Sijil MUET yang akan dikeluarkan kelak sekiranya MPM menerima borang MUET/C9 (Pindaan 2024) berserta bayaran RM50.00.
  4. Calon hendaklah menggunakan nombor pengenalan diri yang sama semasa ujian kelak. Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas dan akan menyusahkan calon sendiri.

  5. Bagi permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan ujian MUET diumumkan/Sijil MUET dicetak, calon perlu memohon Salinan Sijil MUET dengan mengemukakan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET [MPM/S2 (Pindaan 2024)] dengan disertakan bayaran sebanyak RM60.00 serta melengkapkan borang MUET/C9 (Pindaan 2024) (tanpa bayaran). Mulai MUET Sesi 1 Tahun 2021, MPM tidak lagi menerima bayaran menggunakan Wang Pos.

Untuk mendapatkan MUET/C9, sila klik di sini

Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM