Apakah kriteria pemilihan dan pelantikan pemeriksa bagi peperiksaan bertulis?
Kriteria pemilihan dan pelantikan pemeriksa adalah seperti yang berikut:
- Memilih kelulusan dan pengkhususan dalam bidang berkenaan (kecuali bagi guru mata pelajaran Pengajiam Am) sekurang - kurangnya di peringkat ijazah pertama.
- Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan sekurang - kurangnya tiga tahun.
- Sedang mengajar mata pelajaran berkenaan.
- merupakan guru akademik Tingkatan Enam bagi mata pelajaran berkenaan.
- Keutamaan pemilihan diberikan kepada gruru yang sedang atau pernah terlibat secara langsung dengan MPM sama ada sebagai pemeriksa atau penggubal atau penaksir atau panel sukatan mata pelajaran.
Apakah kriteria pemilihan dan pelantikan pemeriksa bagi kerja kursus calon sekolah?
Guru yang telah dilantik sebagai pemeriksa bagi calon sekolah kerajaan dan yang terdekat jaraknya dengan calon swasta dan calon persendirian individu tersebut.
Apakah kriteria pemilihan dan pelantikan pemeriksa bagi kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu?
Calon yang ingin mengulang kerja kursus untuk membaiki keputusan peperiksaannya tidak boleh melaksanakan semula kerja kursus. Calon dikehendaki menduduki kertas peperiksaan bertulis bagi menggantikan kerja kursus. Sekiranya tidak ada kertas peperiksaan yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka markah kerja kursus yang diperoleh dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor kerja kursus tahun mengulang. Kemudahan ini tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.