Apakah peperiksaan MITPE?
MITPE adalah peperiksaan yang dikendalikan untuk mengukur tahap kompetensi profesional Teknologi Maklumat (IT) di Malaysia. Program pensijilannya adalah sama taraf dengan peperiksaan IT yang dikendalikan oleh JITEC-IPA dari Kementerian Perdagangan dan Industri (METI), Jepun.
Agensi manakah yang bertanggungjawab dalam mengendalikan MITPE?
Agensi yang bertanggungjawab mengendalikan MITPE ialah Multimedia Enhancement Technology Operation Sdn Bhd atau dikenali sebagai METEOR. METEOR diberi tanggungjawab mengimplementasikan peperiksaan Information Technology Engineers Examination (ITEE) di Malaysia sejak tahun 2002.
Sejak bila peperiksaan ini dikendalikan oleh MPM?
Peperiksaan MITPE berjaya dikendalikan oleh MPM bermula pada 8 Oktober 2005.
Mengapa perlu mengambil MITPE?
MITPE dapat menambahkan nilai pengetahuan serta kemahiran dalam IT kepada tenaga pekerja IT. Tenaga pekerja akan menjadi kompetitif dan lebih bersedia menghadapi pasaran global.
Apakah faedah mengambil ujian MITPE?
Mendorong pelajar dan pekerja mematuhi standard kemahiran IT dan amalan terbaik sedunia. Juga dapat menyediakan pelajar siswazah dan pekerja dengan pengetahuan asas, kompetensi, dan kemahiran dalam bidang IT yang bertaraf antarabangsa dan ini akan memberikan mereka lebih peluang untuk mendapat pekerjaan.
Adakah MITPE diiktirafkan oleh industri IT??
Ya. Jawatankuasa IT Skill Standard ditubuhkan untuk memastikan kurikulum IT dan tahap kompetensi professional IT bertaraf tinggi. Ahli jawatankuasa IT merangkumi MOHE, JPA, 17 buah IPTA, Open University Malaysia, SIRIM, PIKOM, MCMC, MDC, MAMPU, dan pihak swasta yang lain. MITPE juga secara automatik diiktiraf oleh METI, Jepun. Dengan yang demikian, calon yang berjaya lulus dalam ujian MITPE akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk bekerja di firma Jepun di Malaysia.
Adakah MITPE berfaedah kepada bidang pekerjaan?
Ya. Seseorang professional IT yang mempunyai sijil MITPE diiktiraf sebagai professional IT yang berkelayakan.
Siapakah yang patut menduduki ujian ini?
Para siswazah dan professional IT yang bekerja dan ingin menambahkan kemahiran serta kompetensi IT.
Siapakah yang akan memberi pengiktirafan kepada sijil MITPE?
The Ministry of Higher Education Malaysia will recognise MITPE's certification.