W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Soalan Lazim STPM Pendaftaran STPM

Apakah syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan STPM YANG baharu?

Syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu ialah calon perlu lulus Bahasa Melayu* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut:

    1. SPM tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
    2. SPM (Vokasional)
    3. Malaysian Certificate of Education (MCE)
    4. Federation of Malaya Certificate of Education
    5. Cambridge School Certificate
    6. GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
    7. SPM tahun 2000 hingga tahun 2010 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat

 

    1. sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran, atau
    2. sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran yang lain

Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.

Calon yang mempunyai kelayakan luar negara yang setaraf dengan peperiksaan SPM hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

* Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalam peperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat peperiksaan SPM.

** Kelulusan peringkat biasa dalam GCE/SAP bermakna kepujian pada peringat SPM/MCE.

Bilakah calon sekolah, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu boleh mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu ini?

Calon sekolah dikehendaki mendaftar sekali sahaja, iaitu dalam semester pertama, untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu bagi ketiga-tiga semester.
Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu boleh mendaftar pada semester pertama, semester kedua, dan semester ketiga.

Bagaimanakah semua calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu ini?

Pendaftaran untuk menduduki peperiksaan bagi semua jenis calon hendaklah dibuat secara dalam talian. Pengetua/Setiausaha Peperiksaaan Sekolah/calon dikehendaki melayari portal MPM, http://www.mpm.edu.my atau http://mesp.mpm.edu.my/onlineSTPM bagi tujuan pendaftaran.

Bolehkah calon mendaftar lewat?

Pendaftaran lewat hanya dibenarkan untuk calon yang gagal memasuki IPTA. Calon dikehendaki membuat pendaftaran lewat dalam tempoh satu minggu selepas keputusan kemasukan ke IPTA dikeluarkan.
Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM