Apakah mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM baharu ini?
Bil | Kod Mata Pelajaran | Mata Pelajaran |
---|---|---|
1. | 900 | Pengajian Am |
2. | 910 | Bahasa Melayu |
3. | 911 | Bahasa Cina |
4. | 912 | Bahasa Tamil |
5. | 913 | Bahasa Arab |
6. | 920 | Literature in English |
7. | 922 | Kesusteraan Melayu Komunikatif |
8. | 930 | Syariah |
9. | 931 | Usuludin |
10. | 940 | Sejarah |
11. | 942 | Geografi |
12. | 944 | Ekonomi |
13. | 946 | Pengajian Perniagaan |
14. | 948 | Perakaunan |
15. | 950 | Mathematics (M) |
16. | 954 | Mathematics (T) |
17. | 956 | Further Mathematics |
18. | 958 | Information and Communication Technology |
19. | 960 | Physics |
20. | 962 | Chemistry |
21. | 964 | Biology |
22. | 4966 | Sains Sukan |
23. | 970 | Seni Visual |
Berapakah jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon?
STPM baharu juga merupakan sijil terbuka. Calon boleh memilih mana-mana mata pelajaran, tertakluk kepada sekatan mata pelajaran tertentu. Bilangan maksimum mata pelajaran yang boleh diambil ialah lima, termasuk Pengajian Am. Untuk tujuan kemasukan ke IPTA, keputusan yang terbaik bagi empat mata pelajaran akan diambil kira termasuk Pengajian Am.
Bagaimanakah pelaksanaan kerja kursus bagi calon yang mengambil mata pelajaran di luar pakej yang ditawarkan di sekolah?
Calon yang mengambil mata pelajaran di luar pakej yang ditawarkan di sekolah dikehendaki menduduki kertas peperiksaan bertulis, iaitu Kertas 5 sebagai ganti Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sekiranya sesuatu mata pelajaran tidak menawarkan Kertas 5, maka calon itu dikehendaki melaksanakan kerja kursus seperti calon persendirian individu.