-
Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan hendaklah mengambil sijil STPM mereka di sekolah masing-masing., manakala Sijil STPM Calon Persendirian Individu dan Calon sekolah swasta akan dipos kepada calon mengikut alamat surat menyurat yang digunakan semasa membuat pendaftaran. Pengeposan adalah menggunakan pos laju.
-
Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan diberi tempoh 24 bulan (2 tahun) selepas sijil STPM dihantar kepada Pengarah Pendidikan Negeri (u.p. Sektor/Unit Pentaksiran dan Peperiksaan) untuk mengambil sijil mereka di sekolah masing-masing. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri akan mengembalikan sijil STPM yang tidak dituntut kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Calon yang ingin mendapatkan sijil STPM selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus dengan MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan money order atau bank draft atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.
-
Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG TUNTUTAN SIJIL STPM
-
Calon yang kehilangan sijil STPM boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan peperiksaan STPM yang disahkan atau salinan sijil STPM.
- Bagi permohonan mendapatkan penyata keputusan, caj sebanyak RM30.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan money order atau bank draft atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata keputusan peperiksaan STPM.
- Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, calon akan dikenakan caj sebanyak RM60.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan money order atau bank draft atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon salinan sijil STPM.
-
Calon yang ingin mendapatkan transkrip STPM hendaklah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:
- Borang permohonan transkrip sijil STPM (MPM/S4). Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG
- Fotokopi slip keputusan STPM atau fotokopi sijil STPM
- Caj bayaran perkhidmatan dikenakan
- Permohonan melalui pos: RM60.00 (termasuk bayaran Pos Laju) dan transkrip STPM dihantar ke alamat pemohon. Bayaran hendaklah dibuat secara money order atau bank draft atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.
- Permohonan di kaunter MPM: RM50.00 (bayaran secara tunai atau melalui kod QR)
-
Sekiranya terdapat sebab tertentu keputusan calon dibatalkan, MPM berhak menarik balik sijil STPM yang telah dikeluarkan kepada calon.
Sijil STPM
- Butiran
- 169009