Apakah langkah yang diguna pakai untuk mencegah kegiatan plagiat dalam penghasilan kerja kursus oleh calon?
Langkah yang diguna pakai untuk mencegah kegiatan plagiat dalam penghasilan kerja kursus oleh calon ialah guru hendaklah memberikan taklimat mengenai plagiat kepada calon sebelum memulakan kerja kursus. Taklimat ini merupakan usaha untuk mendidik dan mencegah yang berkesan supaya calon benar-benar faham mengenai isu plagiat. Penggunaan buku log oleh setiap calon berfungsi sebagai catatan pemantauan berterusan oleh guru. Dengan demikian, plagiat dapat dicegah dengan lebih awal. Selain itu, guru perlu mengingatkan calon tentang risiko plagiat, iaitu jika sabit kesalahan, keputusan peperiksaan calon akan dibatalkan dan calon tidak dibenarkan untuk menghasilkan semula kerja kursus tersebut.
Apakah tindakan yang perlu diambil jika berlaku plagiat dalam penghasilan kerja kursus?
Guru hendaklah melaporkan secara bertulis tentang kes plagiat berserta bukti kepada MPM dengan kadar segera untuk tindakan.